Wednesday, March 30, 2011

Tahukah Anda?

Fakta Dan Khasiat

BADAM: Badam penting untuk kesihatan kerana khasiat yang pelbagai,ia mengandungi 20kali
lebih banyak protien jika dibandingkan dengan bijirin lain.Antara khasiat badam ialah:




  • Badam mengurangkan Paras Kolestrol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung
  • Badam menghalang Obesiti
  • Badam Meredakan Diabetis
  • Badam Menghalang Osteoporosis
  • Badam Untuk Wanita Hamil Bagi Mengelakkan Kecacatan Pada Bayi


KURMA: Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu2 yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak2 dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.


KISMIS: Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula,di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separu lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot. Kismis telah lama di gunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Terapi Al-Quran

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Konsep rawatan Islam berteraskan Al-Quran tidak boleh disabitkan dengan kajian sains kerana ia berlaku atas dasar mukjizat dari langit. Segala rawatan adalah berkonsepkan doa semata-mata dengan sedikit pengolahan cara seperti menulis ayat-ayat Al-Quran pada pinggan putih yang dilarutkan selepas itu dengan air, membaca ayat-ayat tertentu kemudian ditiup pada air dan juga dengan cara membaca ayat-ayat tertentu sambil mengurut-ngurut tempat yang sakit. Maka penyembuhan itu terjadi bukan kerana ayat-ayat tadi, tapi ia adalah kemaqbulan doa perawat / pesakit daripada Allah s.w.t. Justeru, rawatan yang berkesan adalah hasil dari pengharapan yang tidak berbelah bagi lagi terhadap janji Allah kepada hambaNya yang berdoa.

Penyediaan Susu Ilham menerapkan 30 juzuk Al-Quran dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti anak anda terpelihara. Insyallah

No comments:

Post a Comment