Sunday, April 17, 2011
SUSU TERAPI MINDA
Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu, apa saja makanan yang kaya dengan kalsium berupaya menenangkan jiwa.
Pakar pemakanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Suhaila Mohamed, berkata ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah.
Katanya, makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.
“Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah, kajian mendapati antara faktor menyebabkan kemarahan ialah kekurangan kalsium.
“Perhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya ialah minum susu supaya mudah mengantuk,” katanya.
Dr Suhaila juga berkata, wanita yang sedang haid sering dikatakan mudah cepat marah dan dari segi sains, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat, tetapi tidak dipenuhi.
Beliau berkata, keperluan kalsium amat penting termasuk untuk mengurangkan rasa sakit dan wanita yang hendak bersalin digalakkan minum susu untuk mengurangkan rasa sakit, manakala golongan tua perlu mengambil kalsium yang cukup untuk mengelakkan pereputan tulang.
Pada usia tua, katanya kalsium banyak digunakan untuk tugas lain menyebabkan kekurangan penyerapan bahan itu menyebabkan tulang menjadi berongga dan keadaan fizikal seperti bongkok boleh berlaku.
Wednesday, March 30, 2011
LAGI INFO TENTANG BADAM
Di Israel,wanita yang mengandung akan sering menyanyi dan bermain piano.
Si ibu dan si bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan soalan matematik bersama.ini bertujuan untuk melatih otak kandungannya.
Si ibu juga akan menjaga pemakanannya dengan menjamah kacang badam dan kurma bersama susu.Tengah hari pula ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul degan badam pelbagai jenis kekacang.
sudah menjadi kebiasaan orang yahudi terutamanya wanita mengandung.
dalam sebuah majlis makan orang yahudi,salad,kacang dan badam merupakan satu kemestian.
mereka akan menjamah buah-buahan dahulu sebelum ke menu utama.
makan karbohidrat iaitu nasi&roti yang dikemudiankan buah-buahan boleh melemahkan otak,merasa mengantuk dan sukar memahami pelajaran sekolah.
mereka juga tidak merokok.menurut kajian,nikotin yang terdapat pada rokok akan merosakkan sel utama otak dan terus melekat pada genes.
ini bermakna,perokok akan membawa generasi yang cacat dan lembap otak.
di tadika,pemakanan mereka sangat dikawal.Iaitu buah-buahan dan BADAM diikuti pil minyak ikan.
kebanyakan mereka sudah menguasai 3 bahasa iaitu hebrew,arab dan inggeris.
Diajar bermain piano pula satu kewajipan.
tahun 1 ke tahun 6 pula diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan diutamakan.
bersukan juga diberi keutamaan,namun agak berbeza dari kita.
Iaitu memanah,menembak dan berlari dengan tujuan untuk melatih otak menumpukan perhatian.
sekolah tinggi(menengah),pelajar juga ditekankan sains dan digalakkan mencipta produk walaupun kelihatan mengarut dan lucu.produk tersebut tetap akan diteliti dan akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan Universiti.
menurut mereka, cara mereka beribadat dengan menggoyangkan kepala mampu mengaktifkan otak dan menambah oksigen.Islam juga mengajar umatnya menggoyangkan kepala.
ARTIKEL
Khasiat Badam
Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. Bentuk yang dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Kacang Badam
Menikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai.
Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.
Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.
Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.
Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.
Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung
Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).
Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).
Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.
PEMBELIAN
BERAT : 650G
BELIAN TERUS,
Sila Hubungi saya:
Siti Nurul Aimi Abdul Rashid(aimi/amy)
Bandar Baru Bangi
019 2601869
PRODUK

Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan kaedah secara islam adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”
Susu Ilham 1-3 Tahun
650gm
PENTING: BAYI BERUMUR 6 BULAN BOLEH MULA MENGAMBIL SUSU ILHAM 1,2,3
Susu Ilham 4-7 Tahun
650gm
PENTING: SUSU ILHAM 4-7 TAHUN BOLEH DI AMBIL OLEH PELBAGAI LAPISAN UMUR DR UMUR 4 KE DEWASA.BAGUS UNTUK ANAK2 YANG SUSAH BELAJAR.
Tahukah Anda?
BADAM: Badam penting untuk kesihatan kerana khasiat yang pelbagai,ia mengandungi 20kali lebih banyak protien jika dibandingkan dengan bijirin lain.Antara khasiat badam ialah:
- Badam mengurangkan Paras Kolestrol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung
- Badam menghalang Obesiti
- Badam Meredakan Diabetis
- Badam Menghalang Osteoporosis
- Badam Untuk Wanita Hamil Bagi Mengelakkan Kecacatan Pada Bayi
KURMA: Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu2 yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak2 dan pembentukan darah serta sumsum tulang.Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.
KISMIS: Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula,di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separu lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot. Kismis telah lama di gunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.Terapi Al-Quran
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.
Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran
Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
Mukaddimah...
Assalamualaikum...
Pertama kali, terdetik di hati ini untuk membuat blog sendiri...tujuan adalah untuk berkongsi perkara baik...Saya seorang surirumah, ibu kepada 2 puteri comei...isteri kepada suami tercinta ingin berkongsi rasa betapa pentingnya keluarga disisi kita..paling utama adalah bila kita dapat menyediakan apa yang terbaik untuk orang tersayang...keperluan makanan,pakaian serta asuhan mereka menjadi topik utama setiap surirumah seharian.
Anak petama: Camelia Aisyah 2tahun lebih...
Anak kedua : Qaisara Alisya, 9bulan...
Alhamdullilah...syukur pada Allah s.w.t dengan 2 cahaya mata yang comei, sihat dan bijak...
Bila ank2 dalam kondisi yang sihat,cerdik dan bijak...Ia merupakan kepuasan maksimum setiap ibu..Suatu hari bila saya terbaca satu artikel, terdapat susu formula bayi yang + kurma +kismis serta badam, dan yang paling penting mempunyai terapi Al-Quran 30 juzuk...saya dan suami tanpa berfikir panjang menukar susu formula asal kepada susu ini...
Alhamdulillah...sudah berjumpa dengan beberapa pengguna lain yang memberi result terbaik untuk anak2.